Info tentang jantung

This is an old post from my old blog.

 

Beberapa info ringkas hasil daripada ceramah Sayangi Jantung Anda oleh Doktor Safari Elis, Pakar Kardio & Physician Hospital KPJ Penang pada Rabu lepas:_

1. Kolesterol hanya menyebabkan dua jenis penyakit iaitu sakit & serangan jantung dan angin ahmar.

2. Tekanan darah manusia lebih tinggi daripada biasa antara pukul 2 pagi hingga 10 pagi. (Catatan Solah: Jadi penting untuk kejutkan orang daripada tidur dengan lembut especially yang sakit jantung / darah tinggi)

3. Tanda-tanda serangan jantung: berpeluh luar biasa (hingga basah kuyup), terasa amat sakit di dada (macam orang duduk atas dada), sakit di rahang, sakit di tangan kiri (jarang di kanan), sesak nafas dan semestinya rasa sakit di bahagian jantung.

4. Setiap orang akan meningkat kadar kolesterol dalam darah (termasuk vegetarian). Soalnya berapa cepat atau berapa lambat.

5. Orang muda yang tak pernah terkena serangan jantung mempunyai peluang lagi tinggi untuk maut (jantung terus berhenti berfungsi) berbanding orang tua yang sudah biasa berkali-kali terkena serangan jantung (jantungnya dah dapat biasakan diri).

6. Sakit jantung = saluran darah ke jantung makin sempit disebabkan pengumpulan kolesterol di dinding saluran darah.

7. Serangan jantung = saluran darah ke jantung tersumbat.

8. Ozone treatment tidak mempunyai dasar saintifik dan bukti kukuh sebagai penyembuh sakit jantung. (hanya mempunyai testimoni sebagai pendokong). Tetapi ozone treatment berguna untuk menyembuhkan penyakit ulser. Ini hasil kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

9. Orang yang terkena sakit jantung perlu segera dihantar ke hospital untuk mengelakkan sel dan bahagian jantung mati disebabkan kekurangan darah.

10. Ada ubat (makan) untuk kurangkan kolesterol dalam saluran darah. Kesan sampingannya ialah kulit akan agak kering.

11. Makanan yang mengandungi omega-3 dapat mengurangkan kolesterol dalam badan secara semula jadi. Antara makanan yang ada omega-3 ialah sardin, soya dan minyak ikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: