Demam Denggi : Pengalaman

1st day:

-Start rasa demam waktu petang.

-Menggigil sepanjang malam. Ini disebabkan suhu badan terlampau panas, tapi otak mendapat signal salah iaitu badan kesejukan. Jadi amat penting untuk turunkan suhu badan dengan air, sama ada dengan minum atau lap badan secara berterusan. Jangan guna selimut tebal sebab suhu badan boleh meningkat.

-Berjaya tidur 1-2 jam sahaja waktu malam.

 

2nd day:

-Makan panadol actifast. Tapi bila kesan ubat hilang, badan demam semula.

-Panadol hanya berfungsi sebagai ‘pain killer’ dan merangsang badan untuk berpeluh supaya suhu badan turun. Panadol tak boleh bunuh apa-apa bakteria atau virus.

-Dapat tidur 2-3 jam je waktu malam.

 

3rd day:

-Ke klinik tapi doktor suruh terus ke hospital sebab tangan dah crammed. Tangan crammed (mcm stroke/tarik/kejang/’lock’) sebab pernafasan tak stabil dan terlampau cepat. Pernafasan terlampau cepat sampai over-oxygen. Cara atasi: bernafas seperti biasa dan tenang (tapi bukan senang buat sebab tengah sakit).

-Warna kulit muka jadi teramat merah (doktor pun perasan).

-Disahkan demam denggi di hospital lepas tunggu 3 jam result darah siap. Nurse pasang drip air untuk 2-3 jam. Mintak balik sebab anak sulung yang jugak disahkan demam denggi tak dapat masuk wad sebab wad kanak-kanak penuh (esoknya anak masuk wad, tapi saya tetap tak nak admit ke ward).

-Crammed tangan hilang lepas nurse pasang mask untuk tenangkan pernafasan.

-Muntah sekali.

-Otot kaki start rasa kejang.

-Doktor bagi ubat demam (untuk turunkan suhu badan) dan ubat tahan muntah.

-Setiap kali makan ubat demam (2 pil / 500mg), rasa macam zombie (tak boleh tidur, tak tenang/unrest). Makan ubat demam tapi badan tetap tak berpeluh.

-Result check darah: platelet darah (untuk bekukan pendarahan) dan sel darah putih (WBC) iaitu antibody yang lawan virus masih tinggi.

-Lagi satu yang doktor tengok untuk result darah ialah HCT iaitu kepekatan sel darah merah. Kalau pekat sangat maksudnya dehydrated (kurang air).

-Doktor suruh minum 3 liter air sehari.

 

4th day:

-Demam kurang tapi ni sebenarnya peringkat berbahaya sebab boleh jadi demam denggi berdarah.

– Mula cirit-birit, sampai 3 kali sehari.

– Check darah di hospital.

– Doktor bagi ubat cirit-birit.

-Tapak tangan dan kaki bengkak. Kulit kaki & tangan jadi keras dan sakit. Ruam-ruam merah start muncul dekat tangan & badan.

-Kejang otot kaki makin sakit tapi taklah teruk.

– Kurangkan dos ubat demam secara sendirian kepada 250mg barulah kurang sikit rasa zombie.

-Rasa loya yang teramat. Setiap kali minum/makan, mesti ‘push’ untuk muntah. Cumanya takde ape2 yg keluar (gag reflex terlampau sensitif). Loya ni seharian sampai ke malam.

-Minum ~2 liter air, mostly 100 PLUS.

-Platelet dan sel darah putih turun.

 

5th day:

-Hidung berdarah tapi mild.

-Check darah di hospital.

-Tetap makan ubat demam 250mg tapi cuma sekali sehari.

-Masih loya-loya.

-Tapak kaki & tangan masih merah & bengkak. Masih ruam kemerahan tapi bintik-bintik kecik je, taklah nampak sangat.

-Kejang otot kaki masih sakit.

-Minum hampir 3 liter air sehari, tapi doktor cakap masih tak cukup. Memang hangin jugak dengar, sebab sampai kembung perut minumnye.

-Masih cirit-birit. Mungkin sebab air 100 PLUS ni carbonated drinks, jd switch ke ice lemon tea dan air soya.

-Platelet turun sebab hidung berdarah. Sel darah putih naik sikit.

 

6th day:

-Check darah di hospital.

-Loya hilang.

-Masih cirit-birit tapi kurang.

-Kejang otot kaki makin hilang.

-Bengkak kaki & tangan makin hilang. Ruam makin hilang.

-Platelet masih turun tapi sel darah putih naik.

-Tak makan ubat demam dah, sebab saya tak terlampau suka bahan kimia sintetik di dalam badan.

 

7th day:

-Hanya berehat di rumah.

-Berhenti terus daripada ambik ape2 ubat.

 

 

8th day:

-Check darah di hospital.

-Platelet, sel darah merah dan sel darah putih dah makin pulih.

-Doktor suruh datang lagi sekali untuk check darah tapi taknak datang dah sebab dah meluat ulang-alik ke hospital.

 

10th day:

-Pening kepala (berpusing, bukan sakit). Tapi alhamdulillah selain tu okay. Cuma ambik masa untuk pulihkan tenaga sehingga hari ke-15.

About the post

General, Oh My Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: