Menulis tentang sesuatu yang salah

negativity.jpg

Dalam dunia  akademik, khususnya penulisan, terdapat satu corak pemikiran yang berbahaya. Iaitu pemikiran yang membuang fakta yang negatif, dan hanya melaporkan yang positif.

‘Result’ yang negatif, disisihkan. ‘Result’ yang tak elok, dilupuskan kerana ‘tak penting’. Kerana tidak memberi ‘impak’. Kerana tidak ‘cantik’.

Padahal untuk memahami sesuatu fakta yang ‘betul’, kita juga perlu faham apa yang ‘salah’. Supaya kita tidak membuang masa mencuba sesuatu yang terbukti ‘salah’.

Kesan daripada pemikiran anti-negative ni ialah:

Data yang dilaporkan ‘biased’. Mungkin daripada jumlah data kita, 60% tepat dan 40% tak tepat. Tapi hanya 60% tu yang dilaporkan. Ini pembohongan ilmiah.

Tapi kenapa perkara ni hanya dipandang sebelah mata? Pelbagai sebab.

Sebab ade ahli akademik terlalu taqsub dengan result yang hanya positif.

Kerana ada orang anggap result negatif boleh ditukar kepada positif dengan pengulangan experimen atau pindaan. Tidak semua kes semudah ini!

Kerana ade institusi penerbitan akademik hanya mengehadkan bilangan muka surat tertentu untuk penerbitan. Kalau ‘penulisan’ lagi panjang, lagi mahal ‘harga’ penerbitan yang terpaksa ditanggung penulis.

Dan berbalik kepada isu asal, sebab negatif result ni tiada ‘sumbangan ilmiah’.

Sedangkan ada penuntut pengajian tinggi yang progresif yang menyiapkan thesis PhD untuk membuktikan dan membincangkan sesuatu yang ‘salah’, kerana banyak yang boleh difahami daripada sesuatu yang salah.

Sama juga seperti  belajar tauhid. Perlu tahu tauhid. Dan perlu tahu yang syirik. Baru tak tercampur dan terkeliru dengan kedua-duanya.

Wallahu’alam.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: