Mengapa dakwah kepada non-Muslim menjadi amat sukar?

Ada pelbagai sebab. Tetapi posting ini akan fokus hanya kepada satu faktor: iaitu keyakinan diri kita sendiri. Dan topik ini ialah topik berkaitan aqidah.

Melalui pengalaman diri dan pengalaman yang diceritakan oleh beberapa orang, dakwah kepada orang bukan Islam amat sukar kerana kita sendiri tidak yakin, kukuh dan jelas tentang huraian aqidah.

Mengapa?

Sebab kita disusahkan pembelajaran aqidah dengan huraian yang tidak membawa faedah. Dengan huraian yang bersifat falsafah. Dan huraian yang sebenarnya bukan daripada Islam itu sendiri.

Ini menyebabkan umat keliru. Sukar faham. Tak yakin. Takut. Lari daripada belajar agama. Bagaimana nak dakwah kepada orang bukan Islam, sedangkan kita sendiri tak faham?

Dengan merujuk kepada individu, kumpulan dan pertubuhan yang aktif mengIslamkan orang bukan Islam, amat jelas metod yang digunakan amat mudah. Selari dengan dakwah Islam yang mudah. Tidak bergelumang dengan falsafah dan perbahasan ‘istilah’ yang berbelit-belit.

Dakwah ini, bukan dakwah dalam bahasa Melayu semata-mata. Dakwah ini dalam pelbagai bahasa. Juga pengalaman diri berbincang dengan seorang non-Muslim tentang aqidah dalam bahasa Inggeris. There is no place for philosophical approach. Guna bahasa mudah al-Quran dan hadith. Jelas. Direct to the point.

Insya Allah, dakwah jadi lagi mudah. Kita cuba.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: