Pemerkasaan Institusi Pondok

Kerajaan negeri bukanlah ‘mengambil alih’ atau terlalu ingin ‘campur tangan’ dengan institusi pondok. Bukan juga kerana faktor politik. Tetapi kerajaan negeri mengambil langkah penambahbaikan kerana 3 faktor utama yang dilaporkan rakyat, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak.

  1. Faktor kualiti
  • Terdapat aduan sebilangan tenaga pengajar pondok tidak berkemahiran dan berdisiplin. Hal ini memberi kesan kepada pelajar.
  • Silibus yang digunakan tidak meluas dan mencukupi. Ilmu seperti maqasid syar’ie, sejarah pemikiran, sejarah dunia Islam dan fiqh al-awlawiyyat tidak diajar. Hal ini memberi kesulitan untuk pelajar memurnikan ilmu agama dengan isu zaman moden.
  • Agama bukar sekadar hafalan. Ilmu agama mesti turut digarap berdasarkan realiti, bukan sekadar teori. Kemahiran berfikir secara kritis dan menyeluruh penting untuk merungkaikan banyak permasalahan kemunduran, kejumudan dan ketamadunan.  Pelajar dan tenaga pengajar perlu memastikan huraian agama releven dengan cabaran dunia moden.

 

2. Faktor karier

  • Ada pelajar lepasan pondok terkapai-kapai untuk mendapat ruang mengajar atau   meneruskan pembelajaran. Hal ini kerana tiada infrastruktur khusus untuk mereka selepas tamat belajar. Kerajaan negeri membuat inisiatif untuk sokongan karier dan peluang belajar lebih lanjut. Tetapi sebelum itu, faktor kualiti ‘lepasan pondok’ perlu dipastikan (kembali merujuk point no. 1).

 

3.  Faktor ilmu

  • Sesungguhnya institusi pondok menekankan kepada pembentukan akhlak melalui tazkiyatun nafs, sufism atau tasawwuf. Hal ini amat baik. Terdapat juga tuk guru yang mempunyai ijazah sanad yang pelbagai. Tetapi amat malang kerana institusi pondok tidak memanfaatkan jutaan khazanah ilmu yang terdapat di pelbagai institusi pendidikan rasmi khususnya universiti. Dan bukan universiti di Malaysia sahaja. Thesis, kertas kerja, dissertasi dan artikel kajian Islam yang amat mendalam dan meluas tidak didedahkan kepada pelajar pondok. Perkara ini penting untuk perkembangan ilmu, minda dan kecekapan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: