Kepincangan Ilmu Forensik

Sumber: Forensic & Science

Seperti ilmu sains yang lain, bidang forensik juga tidaklah jitu sepenuhnya dan muktamad. Berikut disenarai 6 masalah ilmu forensik yang masih dihadapi oleh negara yang maju iaitu USA.

Analisis rambut: Mesti dilakukan oleh agensi sains, bukan oleh agensi perundangan. Hal ini penting untuk mengelak ‘bias’ dan memastikan ketepatan bukti berdasarkan prosedur yang betul.

Analisis DNA: Ralat disebabkan oleh operator (staf yang mengendalikan sample) masih tinggi. Daripada kajian awal, ketepatan analisis masih terjamin jika satu sample telah bercampur antara 3 DNA dari individu berbeza. Tetapi secara praktikal, perkara ini masih belum disahkan. Ini bermaksud, sample DNA boleh tercemar sejak sample diambil (seperti di tempat kejadian jenayah), penyimpanan, hinggalah ke ujian makmal.

Cap jari: Proses yang subjektif. Maksudnya, ia bergantung penuh kepada keputusan muktamad penyiasat berbanding dengan pembuktian saintifik seperti statistik dan error rate. Seringkali berlaku ‘biasness’ dalam membuat keputusan jika penyiasat mengambil kira bukti-bukti lain. Tiada prosesur untuk memastikan kadar ralat dan keberkesanan kaedah yang digunakan. Ini penting untuk menjadikan analisis secara objektif.

Kesan daripada senjata api: Tiada prosedur dan kajian yang kukuh untuk mengesahkan ‘error rate’ teknik yang digunakan untuk menganalisis kesan tembakan daripada senjata api. Analisis yang dibuat masih lagi subjektif, iaitu penyiasat yang memberi kata muktamad tanpa pengesahan.

Analisis kasut: Tiada kajian tentang tapak kasut yang lusuh boleh menyebabkan bentuk dan corak tapak pijakan yang jelas.

Analisis kesan gigitan: Tiada langsung prosedur saintifik jitu untuk mengesahkan kesan gigitan kepunyaan siapa. Masih lagi proses yang subjektif.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: