Terlepasnya Palestin Moden Daripada Tangan Orang Islam

Post ini berkaitan sebuah buku yang telah saya baca lebih kurang 3 tahun lepas. Sejujurnya maklumat yang saya bentangkan ialah daripada ingatan ‘ingat-ingat lupa’ tetapi yang saya masih ingat lagi dengan jelas penulisan buku ‘ini’ yang amat menarik. Inilah bukunya:

6dayswar.jpg

Buku ini amat menarik bagi saya kerana ianya diceritakan daripada kaca mata pelbagai pihak: kerajaan Israel, tentera Israel, kerajaan Mesir, Syria, Jordan sehinggalah kepada rakyat biasa Palestin.

Buku ini perlu dibaca untuk mengetahui detik-detik terlepasnya secara muktamad tanah Palestin kepada Israel pada tahun 1967 hinggalah kini (2016).

Antara fakta-fakta menarik:

  • ‘Rhetoric’ Gamal (Jamal) Abdul Nasser, penguasa Mesir, yang membangkitkan ‘ilusi’ kehebatan orang Islam Arab, padahal semuanya hanyalah kata-kata politik tanpa isi.
  • Pihak tentera dan kerajaan Israel yang mahu menguasai Palestin bagi mengukuhkan negara haram Israel, ialah berpaksikan gerakan Zionisme (semangat kebangsaan bangsa Yahudi yang tiada kaitan dengan agama Yahudi itu sendiri). Hanya setelah Palestin berjaya dikuasai, barulah agamawan Yahudi ‘tumpang kaki’ dengan membawa semangat agama mereka.
  • Kekalahan teruk tentera Islam dari Mesir, Syria dan Jordan kerana kelemahan mereka sendiri disebabkan masalah dalaman negara masing-masing. Boleh disimpulkan Mesir dan Syria bukan berjuang demi ‘Islam’ itu sendiri tetapi kerana bangsa, maruah dan survivability kuasa politik masing-masing.
  • Masalah politik negara-negara terbabit (termasuk Israel sendiri).

Bacaan seterusnya, dapatkanlah buku ini!

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: