Pendidikan Sex Dalam Islam

Ustaz Muhammad Haniff Hassan telah menulis satu artikel yang amat komprehensif dan jitu berkaitan topik ini di:

https://wasatonline.wordpress.com/2016/10/01/sexuality-education-in-islam-between-apprehension-and-permissiveness-edition-no-11october-2016/

Berikut dibentangkan ringkasannya bersama dengan olahan saya:

Sex dalam Islam berbeza dengan Barat dari 4 sudut:

1- Objektif

  • Mendapat keredhaan Allah. Hubungan sex dengan cara yang halal diberi pahala. Kenapa? Kerana sex dengan cara yang haram mendapat dosa. Jadi kepatuhan kepada ketetapan Allah meningkatkan darjat, bukannya merobohkan keimanan seseorang. Sex bukanlah sesuatu yang kotor, tetapi sex yang halal menjaga kehormatan manusia.
  • Institusi kekeluargaan. Sex yang halal berasal daripada perkahwinan yang sah. Perkahwinan membina keluarga yang menjadi teras pendidikan daripada peringkat bayi sehingga belia. Keluarga yang Islamik akan melahirkan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan berguna.
  • Manakala Barat melihat pendidikan sex hanya daripada 2 sudut: pencegahan penyakit berkaitan sex dan pencegahan kehamilan dan pengguguran (kerana bayi yang ditinggalkan ke badan kebajikan hanya membebankan kerajaan untuk tanggung kos penjagaan). Tiada langsung unsur pembinaan insaniah mahupun kekeluargaan dikaitkan dengan sex.

2- Kaedah/Perlaksanaan

  • Melalui al-Quran dan hadith, Islam membenarkan isteri digauli suami dengan cara yang disukai, kecuali yang diharamkan seperti anal sex (sex luar tabii) dan sex ketika haidh.
  • Barat pula membenarkan atau melonggarkan hubungan sex secara  bebas, sesama jantina, antara ahli keluarga (sumbang mahram), anal sex sehinggalah dengan binatang sekalipun (bestiality).

3- Etika/Akhlak

  • Suami perlu melayan isteri dengan baik dan juga sebaliknya, bukanlah dengan kasar dan paksaan semata-mata.  Hormat menghormati dan berkasih sayang. Ini semua membina karakter dan akhlak orang Islam.
  • Barat hanya melihat sex sebagai kepuasan diri sendiri dan hak asasi manusia. Oleh itu, mereka membenarkan pelacuran, sex bebas asalkan masing-masing bersetuju, pornografi dan bertelanjang di kawasan awam. Ini menjadikan aktiviti sex mereka kosong tanpa erti, menyebabkan pergaduhan dan merobohkan hubungan sosial kemasyarakatan.

 

4- Agenda lebih besar

  • Islam mengaitkan puberty (baligh) dengan adulthood (kedewasaan). Kerana apabila baligh, seseorang itu akan bertanggungjawab dengan perbuatannya dan mesti serius memberi komitmen kepada pembentukan diri yang baik. Jadi menjadi baligh bukanlah lesen untuk membuat hubungan sexual semata-mata, tetapi agenda yang utama ialah kearah kematangan diri.
  • Barat pula mengaitkan baligh dengan lesen kebebasan umur dewasa, boleh membuat hubungan sex, boleh minum arak dan sebagainya.
  • Islam mengaitkan baligh dengan kepatuhan kepada agama. Isu seperti air mani, haidh, mandi wajib, istihadhah, bersalin anak, aqad nikah dan pelbagai lagi isu fiqh perlu dibelajar dan diamalkan. Ini semua juga menjurus kepada keimanan kepada tuhan.

 

Dengan itu, pendidikan sex sebenarnya memang perlu kepada pelajar, cuma perlulah digarap dengan cara yang betul. Pendidikan sex bermula daripada ibu bapa dan kemudian boleh dibantu dengan sistem pendidikan formal.

Alamak, niat nak buat ringkasan, tapi tertulis panjang pulak…..

About the post

Religion

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: